Wednesday, December 1

SITI MAISARA (EPS 4)

Ke hulu ke hilir. Seperti cacing kepanasan aku di buatnya.

Entah mengapa saat ini aku merasakan tidak tenteram.

Lalu datang seorang doktor menyapaku. “Adik. Adik ni kawan Siti Maisara ke??”

Terkejut aku di buatnya. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Boleh ikut doktor kejap tak?” sambil memegang tanganku.

Berjalan lebih kurang lima minit, sampai di sebuah bilik.

Doktor berkata, “Ini bilik maisara.”

Aku hairan, “Mengapa doktor bawa saya kesini?”

“Sebenarnya saya ada perkara nak ceritakan, tapi saya nak awak tengok maisara dulu”

Lalu datang seorang jururawat membawa dua cawan teh bersamanya.

“Jemput duduk.” suara doktor lembut menjemputku.

“Sebenarnya begini, maisara mempunyai komplikasi pada kedua-dua belah buah pinggangnya. Walaubagaimanapun kami pihak hospital masih tidak menemui buat pinggang yang sesuai untuk digantikan dengan maisara.” sahaya bertanya “Adik kenal orang tua maisara?”

Aku tergagap-gagap nak menjawab, lalu ku gelengkan kepala ku.

“Tak mengapa lah kalau macam tu.” “Jemput minum.”

Aku minum sambil memikir dimana nak mencari orang tua maisara.

“Saya beredar dulu ye.” “Ada pesakit tunggu saya.”

Aku mengambil kesempatan yang ada untuk melihat maisara dengan lebih dekat.

Matanya tertutup rapat. Lalu ku usap-usap tangannya. Sejuk ku rasakan. Walaupun pucat masih terserlah keayuan maisara.

Ku usap lalu ku kucup dahinya. Aku berjanji dalam diri akan aku cari orang tua maisara sampai aku jumpa.

Ku bisik ke telinganya “Maisara, bertahan ye.” “Aku akan cari orang tua kau sampai jumpa.” “Jangan risau ok.”

No comments:

Post a Comment