Saturday, August 29

SITI MAISARA (EPS 3)

Kelas Pn Mimi telah pun tamat tetapi maisara belum pun membuka matanya untuk meneruskan pembelajaran. Aku merasa amat kusut serta tak sedap hati lalu aku pergi kepadanya. Ku usap-usap rambut nya lalu aku merasakan kehangatan yang mampu untuk melecurkan tanganku ini. Demamnya masih belum kebah. Aku mulai risau akan keadaan dirinya. Lalu aku mengerakkan tubuh kakunya. Seakan tiada respon. Ku gongang kan tubuhnya lalu rebah ke bumi. Aku mulai takut. Adakah dia sudah mati ataupun hanya pengsan??? Bermacam-macam soalan bermain di kepala kusutku ini.

Tanpa melengahkan masa aku terus mengendong Siti Maisara. Suhu badannya semakin meningkat. Aku mulai risau. Apakah yang akan terjadi kepada dirinya. Aku terus belari mengendongnya ke bilik guru.

Setibanya di bilik guru, Cikgu Satiya terpacak di depan muka pintu bilik disiplin. Aku terus meluru ke arah nya. Tanpa segan dan silu dalam keadaan aku yang teramatlah risau aku meminta bantuannya untuk menghantar MAISARA ke hospital secepat yang mungkin.

Tanpa melengahkan masa, Ciku Satiya mencapai kunci keretanya yang terletak diatas meja dan bergegas ke kereta. Kereta yang dipandu Cikgu semacam roket lajunya. Begegar rasa jantungku.

Setibanya di hospital aku terus mengendong maisara ke ruangan kecemasan. Dengan rasa yang bercampur baur aku memarahi semua orang yang ada di ruang kecemasan lalu menitis air mata yang sudah lama tidak lahir tetapi pada saat itu aku merasakan MAISARA dalam keadaan yang sungguh kritikal. Aku merasa sangat takut. Aku merayu kepada doktor untuk menyelamatkan dirinya. Aku tidak tahu mengapa perasaan sayangku pada MAISARA tiba-tiba timbul sedangkan sebelum ini aku cuma menyukai dirinya sahaja. Ada perasan lain di sebalik sayang yang aku rasakan sekarang. Adakah rasa tanggungjawab aku kepada dirinya. Atau rasa sayang seorang kawan yang tak lebih daripada batasan. Persoalan ini pula yang bermain difiikiran ku. Apa yang sebenarnya? Apa akan terjadi selepas ini?

1 comment:

  1. xkira apa pown yg terjadi,kuatkan smgt...
    tetapkan didalam pemikran itu yg klu xda jodoh,xdalah jwbnyer...
    jgn dipaksa diri tuk mencari pggnt.nnt ada hati yang lain terkecewa...

    take care...

    ReplyDelete