Thursday, June 4

SITI MAISARA (EPS 2)


Seminggu sudah persekolahanku berlalu. Hari ini hujan mencurah-curah ke muka bumi. Tapak kaki ini masih belum mencecah ke perkarangan sekolah walaupun jam aku telah pun menunjukkan 7.30 pagi. Agak cemas juga aku tetapi setelah melihat siapa yang menunggu di pintu pagar untuk menahan pelajar lewat degup jantungku beransur perlahan degupannya. Siti Maisara berdiri di bawah pondok jaga yang sebahagian tubuhnya telah pun basah kuyup di sebabkan hujan lebat yang mencurah ke bumi. Kasihan sungguh aku melihat dirinya yang kesejukkan. Aku berlalu pergi.

Hujan makin lebat. Kedengaran seseorang bersin dengan kuat. Angin semakin kencang. Aku menoleh ke belakang. Aku melihat dia sedang memeluk tubuh kecilnya dalam keadaan dirinya basah kuyup. Langkah ku terhenti lalu aku kepadanya. Aku menaggalkan baju sejuk ku untuk aku berikan pada nya. Aku menyapanya lalu aku meletakkan baju sejuk ku ke atas bahunya. Dicampakkan baju sejuk aku itu ke tanah. Aku tidak berkecil hati. Ku kutip baju sejuk ku itu lalu ku sarungkan ke tubuhnya dan aku memegang tangannya untuk menuntunnya ke kelas tapi tamparan seorang wanita hinggap di muka ku. Aku tidak marah. Tiba-tiba dia bersin lalu aku memujuknya untuk balik ke kelas dan aku akan ambilkan surat untuk pulang ke rumah. Dia menitiskan air mata secara tiba-tiba dan meminta agar aku jangan menghantar dia pulang kerumah. Tidak tahu menahu kenapa mengapa aku terus terpinga lalu aku pimpin dia ke kelas.

Setibanya di kelas, ku rebahkan tubuhnya di atas kerusi. Badannya semakin panas. Ku ambilkan ubat demam yang senatiasa aku bawa. Menjadi kebiasaan ku membawa ubat kerana berbagai penyakit aku alami sejak kecil lagi walaupun aku adalah seorang atlet. Tidak hairanlah sekiranya mereka meminta aku ubat sejurus mereka dihinggap penyakit seperti demam. Lalu ku berikan ubat itu kepada Maisara dan dia terus merebahkan dirinya ke meja untuk tidur. Ku biarkan dia bersendirian.

Sungguh pelik wanita yang cantik menawan ini. Personaliti dia boleh berubah dalam sekelip mata. Aku masih belum mengenali Siti Maisara ini dengan sempurna cuma apa yang ku tahu bapanya sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu dan ibunya telah menikahi seorang lelaki yang jauh lebih muda dari usia ibunya. Ada masalahkah disebalik situasi ini??? Aku harus mengetahuinya.