Thursday, April 30

SITI MAISARA (EPS 1)


Hari yang indah cerah. Aku sungguh tidak menyangka yang hari ini aku telah mendaftar masuk ke tingkatan 4. Begitu seronok rasanya apabila bergelar remaja yang semakin dewasa.

Aku berjaya menempatkan diri dalam kelas yang terulung di sekolah aku. Aku berjaya masuk ke kelas yang pertama berdasarkan keputusan yang aku peroleh. Aku sungguh tidak menyangka kerana keputusan PMR ku hanya biasa-biasa sahaja. Bersyukur aku ke hadrat illahi.

Seramai 55 orang murid pada mulanya dalam kelas tersebut dan buat kali pertama kami menyesuaikan diri. Kelas yang paling meriah pada masa itu. Kelas 4 sains 1. Wah! budak pandai pun buat bisng juga. Bagai nak runtuh di buatnya kelas itu tapi tiba-tiba kedengaraan bunyi tumit tinggi, keletak keletuk. Terpacak dihadapan pintu kelas tersebut, seorang guru wanita yang segak. Kelas yang bising kini senyap sunyi akibat kehadiran guru yang paling disegani. Terdiam semua murid lalu bangun menyapa mengucapkan selamat sejahtera. Cikgu Ain namanya. Beliau adalah seorang cikgu yang disegani , disayangi dan digilai oleh para pelajar lelaki terutamanya kerana bentuk badan, sopan-santunnya, dan yang paling menjadi asetnya adalah rupa paranya tetapi sayang kerana beliau telah berkahwin 2 tahun yang lalu.

Cikgu Ain buat kali pertamanya mengenalkan dirinya sebagai guru kelas kami walaupun kami telah mengenalinya dengan lebih terperinci. Ternganga semua mulut murid lelaki apabila dia mengenalkan diri kecuali aku melayang entah kemana memandang ke suatu sudut yang lain. Terpaku mataku di situ. Mataku kearah pelajar perempuan yang wajahnya indah bila dipandang. Matanya memukau pandanganku. Rambutnya beralun lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Siti Maisara binti Ismail, telah mencuri hati dan pandanganku lalu aku disentak dengan suara manja Cikgu Ain dicuping telinga kiri ku. Cikgu Ain menyuruh aku memperkenalkan diri aku dihadapan kelas kerana mengelamun. Aku bingkas bangun lalu memperkenalkan diri ku.

Dah panjang aku bercerita tetapi kamu semua belum mengenali aku lagi bukan. Namaku MUHAMMAD BIN AHMAD. Aku berumur 16 tahun. Anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan. Berketinggian 170 sentimeter dan 60 kilogram berat badan ku. Hitam manis orangnya. Rambut ala-ala Syah Indrawan a.k.a Tomok. Aku seorang yang berkaca mata kerana menggemari permainan komputer dan juga melayari internet. Badan ku boleh dikatakan slim and athelthics. Wah! memuji diri sendiri. Aku juga salah seorang atlet sekolah. Aku digilai pelajar perempuan sekolah aku tetapi aku tidak menggilai mereka. Aku digelar MOK kerana disebalik MOK itu ada tersirat MUHAMMAD ORANG KUAT. Sudah banyak aku menceritakan tentang diriku ini.

Hari yang indah berlalu. Esok mungkin menjelma lagi. Hari ini telah menjadi suatu sejarah dan esok adalah memori terindah. Siti Maisara telah mengukir satu memori yang tak mungkin dapat aku lupakan. Walaupun dia sukar aku miliki tapi apa salahnya mencubanya bukan. Cerita hari ini telah pun tamat. Cerita hari esok pasti menjelma.

No comments:

Post a Comment