Wednesday, March 25

5 sen...

kerana 5 sen aku menyimpan cita-cita untuk berjaya...
kerana 5 sen abah aku walaupun tidak mempunyai tahap pelajaran yang membanggakan tetapi akhirnya dia berjaya membina sebuah keluarga yang bahagia walaupaun ada ketikanya keretakan berkunjung tiba....
sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri....
tetapi abah aku telah membuktikan bahawa kerana 5sen...
kini dia boleh memakai pakaian berjenama...
memandu kereta mewah...
tetapi apa ada pada dia sewaktu dia mula bekerja...
cuma basikal buruk sahaja...
kini dia memiliki 4 buah kereta...
sebuah rumah...
seorang isteri tercinta serta empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup...
aku berharap setelah apa yang aku lihat di depan mata aku ini aku berharap aku mampu untuk maju kehadapan setelah aku gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia(SPM)...
dia amat berharap aku mampu untuk menyaingi ahli keluargaku tetapi aku tumbang...
ini kerana silap aku juga kerana mempermainkan cinta... terlalu mengharap cinta si dia lalu aku kecewa... dan akhirnya aku tidak belajar... tetapi bukan aku mahu membangga diri tetapi mungkin keran anugerah ALLAH aku berjaya memperoleh 2a, 6 credit dan 2lulus sedangkan aku tidak belajar bersungguh-sungguh...
ini mungkin balasan daripada allah s.w.t kerana aku selalu melambatkan waktu solat walaupun aku menyempurnakan nya dan ada dosa aku antara aku dengan allah yang rasa nya amat terburuk yang pernah aku lakukan...
dosa silam ku dan aku tak mahu ingat kembali...
aku berharap aku akan kembali ke pangkuan allah.. pencipta aku yang maha esa...
terima kasih abah... kerana membesarkan... memberi harapan... dan memberi pelajaran dan ia nya juga harta aku di masa hadapan... ya allah aku berharap agar kau berjaya di masa hadapan...
abah you're my idol and my superhero forever...
love you abah...

No comments:

Post a Comment