Thursday, January 15

ceRita ciNta

love or hate?????
macam-macam perkara berlaku dalam dunia ni tentang cinta dan saya ada satu cerita tentang cinta seorang lelaki masih lagi menyayangi bekas kekasihnya....

apakah anda masih menyayangi bekas kekasih anda....?
mungkin tidak setelah apa yang dilakukan oleh bekas kekasih anda. tambahan lagi apabila anda telah mempunyai seorang yang baru anda sayang seperti kekasih baru ataupun "crush" anda mungkin tidak menyayangi dan lansung tidak mengendahkan bekas kekasih anda....

tetapi lain pada seorang lelaki yang dahulunya sebelum mereka berpisah lelaki tersebut amat membenci bekas kekasihnya.... walaupun dia terpaksa berlakon untuk menjayakan rancangannya untuk mempermainkan hati bekas kekasihnya dia sanggup.... tetapi allah s.w.t lebih berkuasa dari segalanya kerana seminngu sebelum mereka berpisah lelaki yang egonya sangat tinggi mulai menyayangi bekas kekasihnya yangpada itu masih lagi kekasihnya.... hmm... apakan daya allah lebih berkuasa mereka berpisah tetapi lelaki tersebut merasa sangat tenang dan gembira dengan perpisahan tersebut sehingga mencetuskan pergaduhan dengan bekas kekasihnya... mereka mulai saling membenci antara satu sama lain.... seminggu sebelum tiba hari raya idulfitri lelaki tersebut merasakan yang dirinya telah hilang satu benda yang amaat berharga.... dia cuba mencari apa yang hilang dari dirinya.... keesokkan subuh lelaki tersebut terjaga dari tidur nyenyaknya.... dia terlepas sahurnya lalu dia terus mengambil wudhu untuk mengerjakan solat subuh... setelah selesai solat subuh lelaki tersebut setiap pagi akan berada dihadapan komputer didalam biliknya dan menatap muka kekasihnya tetapi lain pada hari ini kerana dia menangis seolah olah menatap kematian.... tersedu-sedu sehingga terlupa untuk bernafas disuatu ketika.... baru dia tersedar dia kehilangan orang yang dia amat cintai... tapi tiada guna lagi menitiskan air mata kerana semua telah berlalu...

setahun lamanya mereka berpisah tetapi kasih sayang lelaki ego kepada wanita yang amat disayanginya itu masih menebal... tetapi bekas kekasihnya langsung tidak mengendahkan kehadirannya... lalu dia mengambil jalan untuk menyakitkan hati bekas kekasihnya denggan bercinta dengan kawan baiknya sendiri.... tetapi apa yang diingininya tidak menjadi dan dia telah melakukan satu dosa kerana mengucapkan kata cinta yang sebenarnya tidak terdetik dan hanya untuk menyakitkan hati bekas kekasihnya... hmm....

3bulan selepas itu dia menjadi seperti seorang yang tidak dikenali oleh semua orang kerana banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa... dan lebih paah lagi apabila dia mengetahui yang rakan dia daripada kecil bercinta dengan bekas kekasihnya... salah siapa???

selepas perkara tersebut dia mula menjauhkan diri dari semua orang terutamanya bekas kekasihnya kerana sekarang bekas kekasihnya milik rakannya dan dia mengalah untuk kebahagiaan rakannya... dia seakan tidak peduli akan apa yang terjadi kepada bekas kekasihnya walaupun bekas kekasihnya merayu untuk menjadi rakan semula.... dia seakan sudah mulai menerima yang mereka tidak punyai jodoh bersama walaupun jauh disudut hatinya mengatakan " walauapapun yang terjadi, sampai mati pun aku tetap mencintaimu"....

mulai dari saat itu dia tidak pernah mencintai mana-mana wanita selain menunggu wanita yang amat dicintainya pulang ke pangkuan dia....


apakah anda punyai cerita yang sama dengan kisah diatas???
ataupun cerita yang lebih menarik lagi???
ceritakan lah pada saya.....
mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat......

moral of the story.... setiap makhluk yang allah ciptakan didunia ini berpasang-pasangan serta janganlah kita membenci antara satu sama lain kerana allah amat murka dengan perbuatan tersebut kerana perbuatan tersebut seumpama memutuskan pertalian silaturahim antara makhluk didunia ini. dengan itu hendaklah kita senantiasa menyayangi antara satu sama lain dengan makhluk di atas muka bumi ini....

sekian...................

1 comment:

  1. zat!!!
    dia dah solo balik nie....
    g r grab die skung....
    chayok2!!!

    ReplyDelete