Thursday, January 22

cInTa

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir
Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati
Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Thursday, January 15

ceRita ciNta

love or hate?????
macam-macam perkara berlaku dalam dunia ni tentang cinta dan saya ada satu cerita tentang cinta seorang lelaki masih lagi menyayangi bekas kekasihnya....

apakah anda masih menyayangi bekas kekasih anda....?
mungkin tidak setelah apa yang dilakukan oleh bekas kekasih anda. tambahan lagi apabila anda telah mempunyai seorang yang baru anda sayang seperti kekasih baru ataupun "crush" anda mungkin tidak menyayangi dan lansung tidak mengendahkan bekas kekasih anda....

tetapi lain pada seorang lelaki yang dahulunya sebelum mereka berpisah lelaki tersebut amat membenci bekas kekasihnya.... walaupun dia terpaksa berlakon untuk menjayakan rancangannya untuk mempermainkan hati bekas kekasihnya dia sanggup.... tetapi allah s.w.t lebih berkuasa dari segalanya kerana seminngu sebelum mereka berpisah lelaki yang egonya sangat tinggi mulai menyayangi bekas kekasihnya yangpada itu masih lagi kekasihnya.... hmm... apakan daya allah lebih berkuasa mereka berpisah tetapi lelaki tersebut merasa sangat tenang dan gembira dengan perpisahan tersebut sehingga mencetuskan pergaduhan dengan bekas kekasihnya... mereka mulai saling membenci antara satu sama lain.... seminggu sebelum tiba hari raya idulfitri lelaki tersebut merasakan yang dirinya telah hilang satu benda yang amaat berharga.... dia cuba mencari apa yang hilang dari dirinya.... keesokkan subuh lelaki tersebut terjaga dari tidur nyenyaknya.... dia terlepas sahurnya lalu dia terus mengambil wudhu untuk mengerjakan solat subuh... setelah selesai solat subuh lelaki tersebut setiap pagi akan berada dihadapan komputer didalam biliknya dan menatap muka kekasihnya tetapi lain pada hari ini kerana dia menangis seolah olah menatap kematian.... tersedu-sedu sehingga terlupa untuk bernafas disuatu ketika.... baru dia tersedar dia kehilangan orang yang dia amat cintai... tapi tiada guna lagi menitiskan air mata kerana semua telah berlalu...

setahun lamanya mereka berpisah tetapi kasih sayang lelaki ego kepada wanita yang amat disayanginya itu masih menebal... tetapi bekas kekasihnya langsung tidak mengendahkan kehadirannya... lalu dia mengambil jalan untuk menyakitkan hati bekas kekasihnya denggan bercinta dengan kawan baiknya sendiri.... tetapi apa yang diingininya tidak menjadi dan dia telah melakukan satu dosa kerana mengucapkan kata cinta yang sebenarnya tidak terdetik dan hanya untuk menyakitkan hati bekas kekasihnya... hmm....

3bulan selepas itu dia menjadi seperti seorang yang tidak dikenali oleh semua orang kerana banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa... dan lebih paah lagi apabila dia mengetahui yang rakan dia daripada kecil bercinta dengan bekas kekasihnya... salah siapa???

selepas perkara tersebut dia mula menjauhkan diri dari semua orang terutamanya bekas kekasihnya kerana sekarang bekas kekasihnya milik rakannya dan dia mengalah untuk kebahagiaan rakannya... dia seakan tidak peduli akan apa yang terjadi kepada bekas kekasihnya walaupun bekas kekasihnya merayu untuk menjadi rakan semula.... dia seakan sudah mulai menerima yang mereka tidak punyai jodoh bersama walaupun jauh disudut hatinya mengatakan " walauapapun yang terjadi, sampai mati pun aku tetap mencintaimu"....

mulai dari saat itu dia tidak pernah mencintai mana-mana wanita selain menunggu wanita yang amat dicintainya pulang ke pangkuan dia....


apakah anda punyai cerita yang sama dengan kisah diatas???
ataupun cerita yang lebih menarik lagi???
ceritakan lah pada saya.....
mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat......

moral of the story.... setiap makhluk yang allah ciptakan didunia ini berpasang-pasangan serta janganlah kita membenci antara satu sama lain kerana allah amat murka dengan perbuatan tersebut kerana perbuatan tersebut seumpama memutuskan pertalian silaturahim antara makhluk didunia ini. dengan itu hendaklah kita senantiasa menyayangi antara satu sama lain dengan makhluk di atas muka bumi ini....

sekian...................

mAlAikat sYaitAn atAu mAnuSia???

PERINGATAN..RENUNG-RENUNGKAN...
Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat kepejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa
susah2..pandai2lah?

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan
di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu tiang agama mu
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."

pikir2knlaaa...dunia hnya sementra..di akhrat kekal slamanya..

cEriTa kiTa...

SEDIH UNTUK MELIHAT MELAYU KINI....
MEMANG BERTEPATAN LAH DENGAN FRASA MELAYU ITU SENDIRI....
CUBA ANDA RENUNGKAN MELAYU DALAM PELBAGAI SEBUTAN...
TERUTAMANYA SEBUTANNYA SEDEMIKIAN "ME-LAYU"...
SEMAKIN HARI SEMAKIN LAYU....
MINTA MAAFLAH JIKA TERSINGGUNG DENGAN APA YANG SAYA KATAKAN TAPI ANDA ADA KEPALA OTAK YANG DIKURNIAKAN PENCIPTAMU...

BUDAK MELAYU BERTUDUNG TAPI BERKELAKUAN TIDAK SENONOH...
CONTOHNYA PERLAKUAAN DUA REMAJA SEKOLAH YANG TERLETAK DI SEBUAH NEGERI DENGAN TAYANGAN VIDEO YANG DINAMAKAN SEBAGAI "TAYANGAN PERDANA"...
MENGAPA DINAMAKAN "TAYANGAN PERDANA"???
ANDA HARUS MELIHATNYA SENDIRI DAN RENUNGKANLAH....
ADA JUGA WANITA YANG BERTUDUNG YANG MELAKUKAN PERSETUBUHAN DENGAN RAKAN SEPEJABAT SENDIRI TANPA SEGAN DAN SILU MERAKAMKAN AKSINYA...
SUNGGUH MEMALUKAN... MEMAKAI TUDUNG TETAPI MELAKUKAN AKSI YANG TERLAMPAU... APA NAK JADI MASYARAKAT ISLAM... SIAPA YANG MEMALUKAN ISLAM... KRISTIAN??? YAHUDI??? SIAPA YANG MEMALUKAN ISLAM??? TANYALAH ISI PERUT ANDA SENDIRI...

PERNAHKAH ANDA BERTANYAKAN DIRI ANDA MENGAPA UMAT ISLAM SENANTIASA DITIMPA BENCANA....? PERNAHKAH ANDA MENDENGAR PEPATAH SEPERTI INI " KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA"... BERTEPATAN DENGAN FRASA INI SAYA INGIN MENJELASKAN MENGAPA UMAT ISLAM SENANTIASA DITIMPA BENCANA..?
KERANA PERKARA SEBEGINILAH.... KITA HANYA MELIHAT PERKARA DISEKELILING KITA SAHAJA TETAPI KITA TAK PERNAH HENDAK MENGKAJI KEHIDUPAN UMAT ISLAM MASA KINI... ANDA ADA MATA YANG MAMPU MELIHAT, ANDA ADA TELINGA YANG MAMPU MENDENGAR... SEHARUSNYA ANDA MENGGUNAKAN PANCAINDERA ANADA INI UNTUK MENJADIKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR MENJADI SESUATU YANG NYATA...

KEPADA REMAJA MASA KINI...
ANDA MELIHAT VIDEO SEPERTI "TAYANGAN PERDANA" BUKAN UNTUK MENINGKAT NAFSU ANDA TETAPI SEBAGAI BAHAN RUJUKAN, SEBAGAI BAHAN UNTUK ANDA MENDEKATKAN DIRI ANDA, KELUARGA ANDA, SAHABAT ANDA DAN SEMUA UMAT ISLAM DIDUNIA INI BERSATU UNTUK MEMBENTERAS GEJALA SEPERTI INI... SEPATUTNYA KITA ME"REDUCE"KAN GEJALA INI...

KEPADA REMAJA BUKAN SAYA MEMINTA ANDA UNTUK MENJADI PENAGIH PRONO TETAPI INILAH HAKIKATNYA... BUKAN UNTUK MENGAIBKAN SESIAPA TETAPI ANDA SEBAGAI UMAT ISLAM MENONTON PERKARA INI BUKAN DENGAN TERSENYUM ATAU SUKA-SUKA TETAPI SEBAGAI KESEDARAN TERUTAMANYA KEPADA WANITA ISLAM YANG BERTUDUNG KERANA WANITA YANG BERTUDUNG KINI LEBIH GALAK UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT DARIPADA WANITA YANG FREE HAIR... MENGAPA SEMUA INI BERLAKU??? INI SEMUA KERANA NAFSU SYAHWAT YANG TERANSANG DARIPADA PRONO-PRONO YANG SEMAKIN BANYAK DIPASARAN...

BANYAK LAGI KISAH YANG INGIN SAYA KETENGAHKAN...
SEPERTI MENGAPA SEMAKIN BANYAK PRONO DIPASARAN???
HAL INI KERANA INGIN MENYESATKAN UMAT ISLAM... UMAT APA YANG PALING RAMAI DIDUNIA??? UMAT ISLAM... MENGAPA PERKARA INI DIBUAT DAN SESIAPA YANG MELAKUKANNYA...??? YAHUDI... MENGAPA YAHUHDI INGIN MELAKUKAN BENDA NI...? SEMATA-MATA UNTUK MENYESATKAN UMAT ISLAM.... SIAPA YANG RUGI??? SIAPA??? YAHUDI..??? NASRANI..??? KRISTIAN...??? SIAPA YANG PALING RAMAI MENONTON LA JAWAPANNYA... TETAPI HAKIKATNYA UMAT ISLAM YANG KERUGIAN KERANA KITA TELAH MENYEBABKAN DIRI KITA TERJERUMUS KEDALAM LEMBAH MAKSIAT... SIAPA YANG RUGI??? KITA... DAN SEMAKIN RUGI LAGI APABILA REMAJA KITA TIDAK SEGAN DAN SILU UNTUK BERCUMBU... MERABA SANA DAN SINI... DUDUK DI ATAS PEHA... MELENTOK DI ATAS BAHU... SIAPA YANG MELAKUKAN...? KITA SENDIRI... FIKIR-FIKIRKANLAH... SEMAKIN RAMAI REMAJA YANG TANPA SEGAN DAN SILU UNTUK MELAKUKAN PERKARA TERKUTUK DENGAN SELAMBA DAN TANPA SEGAN DAN SILU... SERTA MENGEXPOSE DIRI MEREKA DENGAN VIDEO-VIDEO YANG MENJADI SIMPANAN PERIBADI KONONNYA TETAPI DALAM TANPA DISEDARI TELAH DI UPLOADKAN... DAN ADA JUGA SEMASA MEREKA MELAKUKAN TELAH DIAMBILNYA GAMBAR MEREKA SECARA RAHSIA... SIAPA YANG MALU??? SENDIRILA.. MENYEDIHKAN...

INI KISAH MAKSIAT WANITA BERTUDUNG...
SIAPA YANG MALU??? BUKAN KITA TETAPI ISLAM
KERANA APA???
YANG MEMAKAI TUDUNG ITU ADALAH UMAT ISLAM....
BUKAN PERKARA INI BERLAKU DI LUAR NEGARA TETAPI DEPAN MATA ANDA SENDIRI... GAJAH DEPAN MATA X NAMPAK KUMAN SEBERANG LAUTAN JADI MANGSA... INI KERANA KITA NAK MENYRLAMATKAN PELAJAR MELAYU, ISLAM YANG BERADA DIKOTA LONDON YANG MENYARA DIRINYA DENGAN MENJUAL TUBUH TETAPI REMAJA MALAYSIA KITA YANG SEMAKIN GANAS, YANG SEMAKIN GALAK... TAK DIPEDULIKAN... SEMAKIN BANYAK... DALAM LADANG KELAPA SAWIT, TEPI JALAN, TAMAN BUNGA, PERPUSTAKAAN, DALAM KELAS, DAN ADA JUGA YANG MEMILIH UNTUK BEROMEN DI TEPI TANGGA... REMAJA SEKARANG SEMAKIN TIDAK MALU UNTUK MENUNJUKKAN AKSI GHAIRAH MEREKA BERPASANGAN... BAK KATA-KATA RAKAN SEPERJUANGAN KU "NAK BERLENDIR" DAH TAK KIRA TEMPAT ... HMM...

ADA LAGI CERITA UNTUK " MINAH TUDUNG"...
ANDA HARUS LAYARI KE YOUTUBE DAN LIHAT SENDIRI VIDEO YANG DIBERI NAMA "TUDUNG KER?" ANDA MUNGKIN TERGELAK TETAPI ANDA AKAN MERASA AMAT KECEWA DENGAN UMAT ISLAM KERANA PAKAI TUDUNG ADA YANG SEBAGAI TREND, SEBAGAI FASHION, SEBAGAI KEBIASAAN... DAN LEBIH MENYEDIHKAN LAGI APABILA SOALAN INI DITANYAKAN "WHICH QURANIC VERSE STATE THAT WEARING THE HIJJAB(TUDUNG) IS MANDATORY???" APA JAWAPAN ANDA...??? BACALAH TAFSIRAN SURAH AN-NUR AYAT 32... KALAU TAK SILAPLAH... JIKA ADA KESILAPAN SILALAH TEGUR....

MINAH-MINAH TUDUNG SEKARANG RAMAI CACAT OTAK(BODOH)...
PAKAI TUDUNG TAPI PAKAI PAKAIAN YANG KETAT-KETAT(BODOH)...
ADA PULAK YANG PAKAI TUDUNG TAPI PAKAI T-SHIRT(BODOH)...
MANAKAH TIDAK MASYARAKAT KITA DIPANDANG RENDAH(BODOH)...

CUBALAH HAYATI LIRIK LAGU INI....
ISLAM ITU INDAH TAPI SIAPA YANG MEMUSNAHKANNYA....

ADA LAGI SATU MASALAH APABILA KRISTIAN DAN YAHUDI CUBA UNTUK MENYESATKAN KITA.... SEBENARNYA KITA SEMUA DAH SESAT... MARAH??? PERCAYA ATAU TIDAK TAPI ITULAH HAKIKATNYA...
APAKAH DIMAKSUDKAN DENGAN 'BYE'...
BYE ADALAH JARUM SULIT KRISTIAN YANG BERMAKSUD DIBAWAH NAUNGAN PADERI POPE.... HMM... LICIK SUNGGUH KRISTIAN....

ADA LAGI KEPADA PENGGEMAR SMS YANG SUKA SANGAT MENGGUNAKAN PERKATAAN SINGKATAN SEMASA MESSAGE SEPERTI SEMEKOM OR A'KUM.... TAPI ANDA PERNAH TAHU TAK APA MAKNA KEPADA SINGKATAN KEPADA PERKATAAN YANG ANDA GUNAKAN ITU???
A'KUM BERMAKSUD "BINATANG". DALAM BAHASA IBRANI(YAHUDI).. KESIAN RAKAN ANDA KERANA SETIAP KALI MENERIMA SMS DIPANGGILNYA BINTANG....
SEMEKOM BERMAKSUD "CELAKA AWAK"... KESIAN ANDA BARU NAK SMS DAH CAKAP ORANG TU CELAKA TAK KE KESIAN....
X ADA YANG BAGUS SELAIN ASSALAMUALAIKUM DAN WAALAIKUMMUSSALAM...
RENUNG-RENUNGKANLAH KERANA MUSUH ISLAM SEMAKIN BERANI SETELAH MEREKA BERJAYA MENYEBARKAN VIDEO "FITNA" YANG AMAT MEMALUKAN UMAT ISLAM....
DIAMANA UMAT MUHAMMAD, DIMANA ANAK CUCU KAUM NABI ADAM, DIMANA HAMBA ALLAH YANG SEPATUTNYA MENEGAKKAN ISLAM(FISABILILLAH) DIMANA??? BANGUN WAHAI BANGSA KU... SEDARLAH... MARILAH KITA BERSATU MEMBENTERAS KEMUNGKARAN....

YANG BURUK ITU DATANG DARIPADA SAYA, YANG BAIK ITU SEMUA DARIPADA ALLAH S.W.T....
POHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA TERASA...
SAYA JUGA MANUSIA YANG MELAKUKAN KESILAPAN DAN MENYEDARI SEMUA ITU... KITA HAMBA YANG LEMAH DAN HARUSLAH KITA BERDOA, MEMOHON KEAMPUNAN DAN TIDAK LUPA KEPADA ALLAH DAN RASUL, SAHABAT SERTA KELUARGA....
SELAWAT KEATAS NABI...
BERDOA KEPADA ALLAH...
ISTIGHFAR SETIAP KALI MELAKUKAN DOSA KECIL SERTA MELIHAT MAKSIAT... SEMOGA DIAMPUNI ALLAH...
SEMOGA KITA BERSAMA-SAMA MENGAMALKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...
INSYAALLAH........

KALAU PERNAH SAYA POSTKAN UNTUK LU PIKIRLA SENDIRI
TETAPI HARI INI SAYA POSTKAN SEBAGAI KITA PIKIRLAH SAMA-SAMA...
ASSALAMUALAIKUM...