Saturday, August 29

SITI MAISARA (EPS 3)

Kelas Pn Mimi telah pun tamat tetapi maisara belum pun membuka matanya untuk meneruskan pembelajaran. Aku merasa amat kusut serta tak sedap hati lalu aku pergi kepadanya. Ku usap-usap rambut nya lalu aku merasakan kehangatan yang mampu untuk melecurkan tanganku ini. Demamnya masih belum kebah. Aku mulai risau akan keadaan dirinya. Lalu aku mengerakkan tubuh kakunya. Seakan tiada respon. Ku gongang kan tubuhnya lalu rebah ke bumi. Aku mulai takut. Adakah dia sudah mati ataupun hanya pengsan??? Bermacam-macam soalan bermain di kepala kusutku ini.

Tanpa melengahkan masa aku terus mengendong Siti Maisara. Suhu badannya semakin meningkat. Aku mulai risau. Apakah yang akan terjadi kepada dirinya. Aku terus belari mengendongnya ke bilik guru.

Setibanya di bilik guru, Cikgu Satiya terpacak di depan muka pintu bilik disiplin. Aku terus meluru ke arah nya. Tanpa segan dan silu dalam keadaan aku yang teramatlah risau aku meminta bantuannya untuk menghantar MAISARA ke hospital secepat yang mungkin.

Tanpa melengahkan masa, Ciku Satiya mencapai kunci keretanya yang terletak diatas meja dan bergegas ke kereta. Kereta yang dipandu Cikgu semacam roket lajunya. Begegar rasa jantungku.

Setibanya di hospital aku terus mengendong maisara ke ruangan kecemasan. Dengan rasa yang bercampur baur aku memarahi semua orang yang ada di ruang kecemasan lalu menitis air mata yang sudah lama tidak lahir tetapi pada saat itu aku merasakan MAISARA dalam keadaan yang sungguh kritikal. Aku merasa sangat takut. Aku merayu kepada doktor untuk menyelamatkan dirinya. Aku tidak tahu mengapa perasaan sayangku pada MAISARA tiba-tiba timbul sedangkan sebelum ini aku cuma menyukai dirinya sahaja. Ada perasan lain di sebalik sayang yang aku rasakan sekarang. Adakah rasa tanggungjawab aku kepada dirinya. Atau rasa sayang seorang kawan yang tak lebih daripada batasan. Persoalan ini pula yang bermain difiikiran ku. Apa yang sebenarnya? Apa akan terjadi selepas ini?

Friday, August 7

FORGIVENESS

CHORAL SPEAKING???
INILAH HARINYA...
JAM SUDAH MENUNJUKKAN 10.30 PAGI...
KELAS LIB101 SUDAH BERMULA..
TAPI KAMI BERTIGA MASIH LAGI BELUM MASUK KE KELAS...
AKU SUDAH TAKUT UNTUK MASUK KE KELAS KERANA ADA PERISTIWA HITAM YANG MELANDA DIRI KAMI...
KAMI TERUS BERJALAN UNTUK KE KELAS TANPA KAMI SEDARI ADA SESEORANG YANG MEMENDAM RASA KECEWA TENTANG APA YANG SEPATUTNYA KAMI LAKUKANNYA.
SAMPAI DI KELAS KAMI DISAMBUT DENGAN GEMBIRA...

SESUDAH KELAS YANG SUNGGUH DINGIN DAN GEMBIRA ITU...
SESEORANG MEMENDAM RASA MELEPASKAN AMARAHNYA KEPADA KAMI...
AKU MERASA AMAT KECEWA SEKALI KERANA MEMBUAT ORANG LAIN MENANGIS TETAPI HARI INI MENJADI SEJARAH KERANA AKU MENITISKAN AIR MATA WANITA YANG SANGAT SOPAN SANTUN...
AKU TAK FAHAM MENGAPA SEMUA ORANG SEPERTI MEMBENCINYA...
DIA SEAKAN KECEWA KERANA KAMI SEAKAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA DIA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN...

DALAM PERJALANAN PULANG AKU SEAKAN HILANG ARAH KERANA AKU TAK PERNAH MEMBUAT ORANG SAKIT HATI APATAH LAGI PEREMPUAN.
BUKAN KERANA AKU ADA HATI KEPADA SI DIA TAPI MEMANG AKU TAK PERNAH MENYAKITKAN ORANG.
AKU RASA AMAT BERSALAH...

DALAM RASA YANG BERCAMPUR BAUR...
PERASAAN SEDIH, PERASAAN KECEWA, JUGA PERASAAN BERSALAH..
AKU BERJALAN SEORANG DIRI MEMIKIRKAN APA YANG HARUS DILAKUKAN KERANA DIA TAK MAHU BERTEMU SESIAPA PUN...
BAGAIMANA DENGAN RASA BERSALAH DIRI AKU INI???

AKU TERUS MENCAPAI HANDSET UNTUK MENGHANTAR SATU TEXT MESSAGE...
DENGAN HARAPAN AMARAHNYA PADAKU DAN KAWAN-KAWAN MULA HILANG...

SETENGAH JAM BERLALU TANPA ADA SEBARANG MESSAGE BALAS...
AKU MERASA SANGAT BERSALAH DAN MERASA AMAT RISAU KERANA APAKAH YANG TERJADI KEPADA SI DIA???
LALU AKU MENGHANTAR SATU LAGI TEXT MESSAGE YANG BERBUNYI...
'IM NOE U ARE VERY DISAPPOINTED RITE NOW... IT'S OK IF U DONT WANT 2 4GIVE ME. SAY THANKZ N 4GIVE TO HER TOO. HOPE U OK...'

AND NO RESPONS TOO...
IT'S OK I KNOW SHE VERY ANGRY WITH ME...
IT'S OK FOR ME...
PEREMPUAN...
BIASALAH TU...
BUKAN DATNG BULAN TAPI NORMA KAN...
KALAU PEREMPUAN KAN SENANG MARAH...

2 JAM BERLALU AKU TERSEREMPAK DENGAN NYA DI BILIK KOORDINATOR UNTUK MENDAPATKAN TANDA TANGAN KOORDINATOR PROGRAM UNTUK PENGESAHAN KURSUS AKU. AKU MERASA SUNGGUH MALU GILA DENGAN DIRINYA SEHINGGAKAN AKU TAK MAMPU UNTUK MENATAP WAJAHNYA SERTA BERDEPAN DENGAN SI DIA. MALU NYA DIRIKU INI. AKU MERASAKAN YANG DIRIKU INI SUNGGUH TIDAK BERGUNA UNTUKNYA. AKU MEMANG BUKAN LELAKI YANG DI TAKDIRKAN UNTUK MENJAGA DIRINYA.

AKU TERUS MENJAUHKAN DIRIKU DARIPADANYA KERANA AKU SANGGAT MALU UNTUK BERDEPAN DENGAN NYA. BAGAIKAN MUKA INI HARUS DIBINA SEBUAH TEMBOK BATU UNTUK BERDEPAN DENGAN DIRINYA. MALU SUNGGUH DIRI INI UNTUK BERDEPANNYA. AKU PUN BERLALU PERGI UNTUK MENYAKSIKAN SALAH SEORANG RAKAN KU BERAKSI DALAM SALAH SATU PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN UNTUK MINGGU BAHASA INGGERIS.

DALAM PERJALANAN PULANG DARI PERTANDINGAN TERSEBUT AKU MASIH LAGI MEMIKIRKAN APA YANG TERJADI KEPADA SI DIA. ADAKAH DIA AKAN MEMBUANG AKU DARI HIDUPNYA SEBAGAI SEORANG KAWAN? ATAU DIA AKAN MEMBENCI AKU SELAMA-LAMANYA? ATAU AKU AKAN TERUS MELARIKAN DIRI DARIPADA TERUS MENEGUR DIRINYA? SEMUA SOALAN INI TERUS BERMAIN DI FIKIRANKU. AHH KUSUT!!! APA YANG AKAN JADI SELEPAS INI.

HARI PUN BERLALU MALAM PUN MENJELMA. DMC1H MENUJU KE KELAS GANTI MALAM PUAN ZURAIDAH. KAMI PUN BERJALAN. HMM JUST NICE.

SETIBANYA AKU DISANA AKU PERASAN AKAN DIRINYA YANG SEDANG TERPACAK MENUNGGU PUAN ZURAIDAH. DALAM KEADAAN DIA TAK PERASAN AKAN KEHADIRAN DIRIKU DISITU AKU MENGAMBIL KESEMPATAN UNUK MELARIKAN DIRI DARIPADANYA. AKU TAHU BAGAIMANA RASA BILA DIRI INI DI BENCI. AKU MERASAKAN TIADA GUNANYA LAGI DIRIKU INI DISISI NYA. DALAM KEADAAN AKU MENYEDIRI DIA MENANYAKAN MENGAPA AKU TIDAK HADIR KEPADANYA. SEGAN, MALU DAN SEDIKIT RASA TAKUT YANG AKU TIDAK NAFIKAN. AKU MERASA SEDIKIT LEGA UNTUK APA YANG DIKATAKAN. TETAPI MENGAPA AKU MASIH LAGI MERASA RAGU-RAGU UNTUK APA YANG DIKATAKAN. AKU MASIH LAGI MALU UNTUK BRDEPAN DENGAN NYA.

AKU MASIH LAGI TAK MAMPU UNTUK MELELAPKAN MATA KERANA AKU TAK MAMPU UNTUK MEMAAFKAN DIRI AKU SENDIRI DENGAN KEJADIAN YANG MENIMPA KAMI.

I JUST WANT TO SAY I WANT TO HAVE YOUR FORGIVENESS. IM SO SORRY IF I MAKE U FEEL VERY-VERY SAD.

Thursday, June 4

SITI MAISARA (EPS 2)


Seminggu sudah persekolahanku berlalu. Hari ini hujan mencurah-curah ke muka bumi. Tapak kaki ini masih belum mencecah ke perkarangan sekolah walaupun jam aku telah pun menunjukkan 7.30 pagi. Agak cemas juga aku tetapi setelah melihat siapa yang menunggu di pintu pagar untuk menahan pelajar lewat degup jantungku beransur perlahan degupannya. Siti Maisara berdiri di bawah pondok jaga yang sebahagian tubuhnya telah pun basah kuyup di sebabkan hujan lebat yang mencurah ke bumi. Kasihan sungguh aku melihat dirinya yang kesejukkan. Aku berlalu pergi.

Hujan makin lebat. Kedengaran seseorang bersin dengan kuat. Angin semakin kencang. Aku menoleh ke belakang. Aku melihat dia sedang memeluk tubuh kecilnya dalam keadaan dirinya basah kuyup. Langkah ku terhenti lalu aku kepadanya. Aku menaggalkan baju sejuk ku untuk aku berikan pada nya. Aku menyapanya lalu aku meletakkan baju sejuk ku ke atas bahunya. Dicampakkan baju sejuk aku itu ke tanah. Aku tidak berkecil hati. Ku kutip baju sejuk ku itu lalu ku sarungkan ke tubuhnya dan aku memegang tangannya untuk menuntunnya ke kelas tapi tamparan seorang wanita hinggap di muka ku. Aku tidak marah. Tiba-tiba dia bersin lalu aku memujuknya untuk balik ke kelas dan aku akan ambilkan surat untuk pulang ke rumah. Dia menitiskan air mata secara tiba-tiba dan meminta agar aku jangan menghantar dia pulang kerumah. Tidak tahu menahu kenapa mengapa aku terus terpinga lalu aku pimpin dia ke kelas.

Setibanya di kelas, ku rebahkan tubuhnya di atas kerusi. Badannya semakin panas. Ku ambilkan ubat demam yang senatiasa aku bawa. Menjadi kebiasaan ku membawa ubat kerana berbagai penyakit aku alami sejak kecil lagi walaupun aku adalah seorang atlet. Tidak hairanlah sekiranya mereka meminta aku ubat sejurus mereka dihinggap penyakit seperti demam. Lalu ku berikan ubat itu kepada Maisara dan dia terus merebahkan dirinya ke meja untuk tidur. Ku biarkan dia bersendirian.

Sungguh pelik wanita yang cantik menawan ini. Personaliti dia boleh berubah dalam sekelip mata. Aku masih belum mengenali Siti Maisara ini dengan sempurna cuma apa yang ku tahu bapanya sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu dan ibunya telah menikahi seorang lelaki yang jauh lebih muda dari usia ibunya. Ada masalahkah disebalik situasi ini??? Aku harus mengetahuinya.

Thursday, April 30

SITI MAISARA (EPS 1)


Hari yang indah cerah. Aku sungguh tidak menyangka yang hari ini aku telah mendaftar masuk ke tingkatan 4. Begitu seronok rasanya apabila bergelar remaja yang semakin dewasa.

Aku berjaya menempatkan diri dalam kelas yang terulung di sekolah aku. Aku berjaya masuk ke kelas yang pertama berdasarkan keputusan yang aku peroleh. Aku sungguh tidak menyangka kerana keputusan PMR ku hanya biasa-biasa sahaja. Bersyukur aku ke hadrat illahi.

Seramai 55 orang murid pada mulanya dalam kelas tersebut dan buat kali pertama kami menyesuaikan diri. Kelas yang paling meriah pada masa itu. Kelas 4 sains 1. Wah! budak pandai pun buat bisng juga. Bagai nak runtuh di buatnya kelas itu tapi tiba-tiba kedengaraan bunyi tumit tinggi, keletak keletuk. Terpacak dihadapan pintu kelas tersebut, seorang guru wanita yang segak. Kelas yang bising kini senyap sunyi akibat kehadiran guru yang paling disegani. Terdiam semua murid lalu bangun menyapa mengucapkan selamat sejahtera. Cikgu Ain namanya. Beliau adalah seorang cikgu yang disegani , disayangi dan digilai oleh para pelajar lelaki terutamanya kerana bentuk badan, sopan-santunnya, dan yang paling menjadi asetnya adalah rupa paranya tetapi sayang kerana beliau telah berkahwin 2 tahun yang lalu.

Cikgu Ain buat kali pertamanya mengenalkan dirinya sebagai guru kelas kami walaupun kami telah mengenalinya dengan lebih terperinci. Ternganga semua mulut murid lelaki apabila dia mengenalkan diri kecuali aku melayang entah kemana memandang ke suatu sudut yang lain. Terpaku mataku di situ. Mataku kearah pelajar perempuan yang wajahnya indah bila dipandang. Matanya memukau pandanganku. Rambutnya beralun lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Siti Maisara binti Ismail, telah mencuri hati dan pandanganku lalu aku disentak dengan suara manja Cikgu Ain dicuping telinga kiri ku. Cikgu Ain menyuruh aku memperkenalkan diri aku dihadapan kelas kerana mengelamun. Aku bingkas bangun lalu memperkenalkan diri ku.

Dah panjang aku bercerita tetapi kamu semua belum mengenali aku lagi bukan. Namaku MUHAMMAD BIN AHMAD. Aku berumur 16 tahun. Anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan. Berketinggian 170 sentimeter dan 60 kilogram berat badan ku. Hitam manis orangnya. Rambut ala-ala Syah Indrawan a.k.a Tomok. Aku seorang yang berkaca mata kerana menggemari permainan komputer dan juga melayari internet. Badan ku boleh dikatakan slim and athelthics. Wah! memuji diri sendiri. Aku juga salah seorang atlet sekolah. Aku digilai pelajar perempuan sekolah aku tetapi aku tidak menggilai mereka. Aku digelar MOK kerana disebalik MOK itu ada tersirat MUHAMMAD ORANG KUAT. Sudah banyak aku menceritakan tentang diriku ini.

Hari yang indah berlalu. Esok mungkin menjelma lagi. Hari ini telah menjadi suatu sejarah dan esok adalah memori terindah. Siti Maisara telah mengukir satu memori yang tak mungkin dapat aku lupakan. Walaupun dia sukar aku miliki tapi apa salahnya mencubanya bukan. Cerita hari ini telah pun tamat. Cerita hari esok pasti menjelma.

Tuesday, April 21

NUR


NUR CAHAYA DUNIA...
MENERANGI SEGALA...

DALAM GELAP NUR MENERANGI...
DALAM HIDUP NUR MERAHMATI...
DALAM CINTA NUR MERESTUI...

JIKA TIADA NUR MAKA GELAPLAH DUNIA...
GELAPLAH SEGALANYA...

KASIH TERCIPTA BILA NUR MENJELMA...
IKHLAS TERCIPTA BILA NUR MENERANGINYA...
CARILAH NUR DALAM HATINYA...

BUKAN MUDAH MEMILIKI NUR...
HANYA HAMBA TERPILIH YANG MEMPEROLEH NUR...

SEPANJANG JALAN KENANGAN...

SALAM PERSAHABATAN KU METRAI,
HARI DEMI HARI AKU MENYEPIKAN DIRI,
TEMAN KAU MEMAHAMI,
TAPI SAHABAT TAK PERNAH MENGERTI,
JIKA KAU TIADA APALAH ERTI,
TIADA SIAPA FAHAMI...

APA KEJADAHNYA AKU MENEMPA DIRI,
DALAM KEADAAN YANG TAK DISUKAI...

MEMANG AKU MENGAJAR,
TAPI HANYA MENGAJAR,
TAK MAMPU MENDIDIK,
MEMBENTUK SEORANG INSAN YANG BERNAMA SAHABAT MENJADI TEMAN...

BAGI MU SAHABAT DAN TEMAN SEMUANYA SAMA,
TAPI BAGIKU IANYA AMATLAH BERBEZA...

SAHABAT HANYA FAHAM GELAK TAWA,
TAPI TAK PERNAH MEMAHAMI DUKA- LARA,
TEMAN FAHAM SEGALANYA,
HANYA TEMAN FAHAM SEMUANYA...

TEMAN FAHAMLAH AKU PERGI HANYA UNTUK MENCARI KETENANGAN,
BUKAN MEMUTUSKAN PERSAHABATAN,
KALAU TEMAN MERASAKAN KESEDIHAN,
SAHABAT HANYA BERTEPUK TANGAN...

DIRIKU MENGERTI TIADA TEMAN LAIN YANG MEMAHAMI,
TETAPI CUBALAH BERDIKARI SEMASA KU TIADA DI SINI...

TEMAN AKU PERGI HANYA UNTUK SEMENTARA,
MENYEMBUHKAN HATI YANG DUKA-LARA,
MENYELSAIKAN KEKUSUTAN KELUARGA,
MENYERU SAHABAT MEMAHAMI SEGALA...

BIARLAH AKU PERGI DENGAN TENANG,
JANGAN KAU TEMAN MERATAPI KESEDIHAN,
HANYA DISINI AKU BERPESAN,
KATA AYAH DAN IBUMU JANGAN DI LAWAN...

WAHAI TEMAN,
WAHAI SAHABAT,
PEMERGIANKU HANYA SEMENTARA,
KALAU ADA JODOH YANG PANJANG KITA AKAN BERSUA,
TUHAN ITU ADIL DAN MAHA ESA...

TEMAN.....
SEMENTARA SAHAJA,
FAHAMILAH,
MENGERTILAH,
AKU PERGI DENGAN ALASAN,
BUKAN SUKA-SUKA,
JANGAN SEDIH,
JANGAN MENANGIS...

SATU HARI AKU AKAN KEMBALI,
MENUNTUT APA YANG PATUT AKU MILIKI...

TEMANKU,
TEMAN SEJATI,
HANYA KAU MEMAHAMI...

SHEDAR SONG...

KAMI DITAKDIR BERSAMA,
DALAM FAMILY SHEDAR,
SAMA CIKUZ DAN MILA,
MELANGKAH CERIA,
INDAHNYA SUASANA,
TERBAYANG DIWAJAH,
SENYUMAN SEINDAH SURIA,
KENANGAN BERSAMA,
KENANGAN BERSAMA,
JELAS TERASA...


SHEDAR FAMILY MISS YOU ALL SO MUCH...

TAK MUNGKIN

DARI JAUH MEMANDANG,
CINTA YANG TAK MUNGKIN KU GENGGAM,
HANYA BERKHAYAL,
ILLUSI DAN MIMPI,
TAK MUNGKIN AKAN KU SEPI...


SAYANGNYA AKU RASA,
PELUANG DI DEPAN MATA KU LEPASKAN...


AKU TAK BERANI,
AKU TAKUT TAK DITERIMA,
HANCUR REMUK DIBUATNYA...

SUDAH BANYAK KALI DI KECEWA,
BIARLAH AKU MEMENDAM RASA,
DI LUAR TAWA,
JANGAN NAMPAK DUKANYA...


TERGURIS DI HATI,
TIADA SIAPA YANG TAHU...


BIARLAH TEMAN TAK MERASA,
HANYA AKU YANG TAHU,
BETAPA PERITNYA BILA DI KECEWA...

SAHABAT

SAHABAT,
BUKAN SATU TAPI BERIBU,
BUKAN SEMENTARA TAPI SELAMANYA,
BUKAN DIMUSUHI TAPI DISAYANGI,
BUKAN UNTUK DILUPAI TAPI DI INGATI,
BUKAN HANYA DISINI TAPI BILA,
BUKAN SETAKAT INI TAPI SEHINGGA HUJUNG NYAWA....




LOVE YOU ALL...

Monday, April 20

MIMPI

AKU TAK PERNAH MERASAKAN SEBEGINI SUNYI... SETIAP MALAM WAJAH MU SENANTISA DI MINDA... TAPI BILA KU SEDARI KAU TIADA LAGI DISISI... TANPAMU AKU HAMPA... BULAN DAN BINTANG JUGA SEAKAN TIDAK MAHU MENEMANI AKU LAGI... TIADA LAGI BULAN YANG MENYINAR TERANG... TIADA LAGI BINTANG YANG BERKEDIPAN GEMBIRA... SEJAK KAU BERLALU PERGI... ENTAH MENGAPA SAAT KU INGIN MELELAPKAN MATAKU INI... WAJAHMU SENANTIASA DISISI... BAGAIKAN SATU PETANDA YANG AKU TAK MENGERTI... ADAKAH KAU MASIH MERINDUI ATAU SEDANG MEMBENCI??? SAYANG UCAPKANLAH... SUPAYA AKU MENGERTI APA MAKSUDNYA ITU... HMMM.... INI SEMUANYA MIMPI... MIMPI YANG KAU MASIH MERINDUI AKU... MIMPI YANG AKU BISA BERTUTUR DENGANMU... MIMPI YANG KAU MASIH MENYINTAI AKU... MIMPI... AKU HANYA BERMIMPI DISIANG HARI... HANYA BERMIMPI... MUNGKINKAH MIMPI KU JADI KENYATAAN... ATAU HARAPAN YANG HANYA TINGGAL KENANGAN...

Wednesday, April 15

BAD DAY...

A BAD DAY...
IT'S RAINING...
I FEEL LONELY...

WHERE IS SUNSHINE????
WHERE IS IT???
I FEEL SO DARK.....
I FEEL COLD.....
I FEEL SCARED.....
AND I FEEL SO ALIANATED....

SHALL I GOT A SUNSHINE???
SHALL I???

DIA ADA BERSAMAKU...

SETIAP HARI AKU BERSAMA DIA...
SEJAK AKU KECIL LAGI...
ADA SAHAJA DIA DISAMPING KU...
TAK KIRA DALAM SITUASI APA PUN...
SUSAH ATAU PUN SENANG....
TAPI APABILA AKU MENINGKAT DEWASA AKU SEMAKIN JAUH DENGAN NYA...
DAN TIDAK LAMA LAGI AKU HARUS BERPISAH BUAT SEMENTARA WAKTU....
TANPA LAGI AKU MENDENGAR BELAIAN MANJA DARINYA...
TANPA LAGI AKU MENDAPAT BELAIAN MANJA...
KERNA AKU HARUS SEDAR AKU SUDAH DEWASA...
TETAPI...
AKU AKAN MERINDUINYA WALAUAPAPUN TERJADI...
SIAPA DIA??
DIA LAH IBU KU...
DUNIA DAN AKHIRAT...
WALAUPUN AKU SEMAKIN JAUH DENGAN NYA TETAPI SATU YANG MENDEKATKAN KAMI SENANTIASA... IAITU SAYANG ANTARA AKU DAN IBUKU...
IBU TERIAMA KASIH KERAN MENJAGA AKU DARI KECIL HINGGA AKU BOLEH DI GELAR REMAJA...
DALAM WAKTU KITA SENANG, DALAM WAKTU KITA MENGHARUNGI PELBAGAI PANCAROBA, KAU TIDAK PERNAH SEKALIPUN MENINGGALKAN AKU....
TERIMA KASIH IBU...
AKU AKAN SENANTIASA MENYAYANGI MU SEHINGGA TIADA LAGI DEGUP DI JANTUNG KU...
AKU SAYNG MU IBU...

TANPA...

KITA PERNAH BERPISAH BUAT KALI PERTAMA TETAPI TIDAK BEGINI KU RASAKAN,
KALI INI BERBEZA SUNGGUH DI HATI SEBELUM INI,
TAK TAHU BAGAIMANA INGIN KU UCAPKAN,
AKU IBARAT KEHILANGAN DIRIMU,
SUNGGUH TIDAK AKU SANGKA KAU HANYA MENGHIBURKAN AKU SEKETIKA CUMA,
DAN AKHIRNYA KAU BERLALU PERGI,
AKU IBARAT HILANG TANPA ARAH,
KE MANA HARUS AKU TUJU SELEPAS INI,
KE MANA HARUS AKU PERGI,
TERIMA KASIH SAYANG WALAUPUN SEKETIKA CUMA,
WALAUPUN KITA TAK BERCINTA,
TAPI HARI INI AKU TELAH MENGERTI APA ITU CINTA...
MEMANG PERLU PENGORBANAN DALAM CINTA...
RAMAI YANG TANYA MENGAPA HARUS AKU MENGORBANKAN CINTA KU...
INI JAWAPANNYA,
KALAU KITA MENCINTAI SESEORANG,
TAK KISAH LAH DIA MILIK KITA ATAUPUN TIDAK...
KITA MASIH MAHU LIHAT DIA BAHAGIA BUKAN,
KITA MASIH MAHU MELIHAT DIA GEMBIRA BUKAN,
KITA MASIH MAHU MELIHAT DIA TERSENYUM BUKAN,
DALAM DUNIA NI BENDA YANG MEMBAHAGIAKAN KITA ADALAH MELIHAT ORANG YANG PALING KITA SAYANG BAHAGIA,
CONTOHNYA, JIKALAU SALAH SEORANG AHLI KELUARGA KITA MENGHIDAP PENYAKIT, SELURUH KELUARGA AKAN MERASAINYA... BUKAN BEGITU???
BEGITU JUGA DENGAN CINTA...
SAMA SAHAJA...
WALAUPUN DIA TIADA DI DEPAN MATA YANG PENTING HANYA DIA GEMBIRA...
SEMOGA BERBAHAGIALAH KAU DI SAMPINGNYA...



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Wednesday, March 25

tEman...

entah mengapa kedukaan datang menjelma setelah gembira menghilang....
dimana teman yang dahulu berjanji sehidup semati...
kini tiada lagi dengar tawa kegembiraan si cilik eka yang suka akan kegembiraan...
tiada lagi aku dengar kekecohan suara puteri yang menyapa diriku...
tiada lagi senyum tawa diwajah wanita-wanita yang senatiasa berdamping dengan aku melihat kegembiraan...
nanie, dayah, syasya, zirah, ebil, ekin, kelly...
aku sudah tidak nampak kegembiraan dalam diri mereka...
mengapa....????
baru aku sedar yang aku sedang bermimpi...
hmm...
wahai pujangga kau sedang bermimpi...
kini kau tidak lagi begelar pelajar sekolah menengah...
tetapi bakal begelar siswazah...
hmm...
mimpi menyelubungi mu pujangga...
menangis lah kerana 30 pelajar 5a5 kini tidak sehaluan lagi kerana masing-masing sudah mempunyai matlamat tersendiri...
pujangga...
kau harus sedar...
kau akan mengalami satu waktu yang tidak pernah kau lalui sebelum ini...
kini kau telah dewasa...
bukan lagi bergelar remaja yang tidak mempunyai matlamat...
kini kau mampu merenung masa hadapan...
kau harus tinggal kan teman yang walaupun dahulu berjanji sehidup semati bersamamu...
pujangga...
walaupun daus dan alfi berjanji denganmu...
tak mungkin akan bersatu...
fatin, sherra, kelly, aisyah, ebil,ekin, jiah, dan mila berjanji setia...
tak mungkin boleh bersama...
teman tetap teman...
teman tak mampu mengikut jejak langkah mu setiap ketika...
kerana mereka jua ada langkah mereka sendiri...
jadi pujangga...
sedarlah...
yang teman hanya teman...
dan aku terus menjadi teman dan mencari teman...
dan teman jua akan bertambah...
cuma setiap teman mempunyai trademarknya...
so i love you all...

5 sen...

kerana 5 sen aku menyimpan cita-cita untuk berjaya...
kerana 5 sen abah aku walaupun tidak mempunyai tahap pelajaran yang membanggakan tetapi akhirnya dia berjaya membina sebuah keluarga yang bahagia walaupaun ada ketikanya keretakan berkunjung tiba....
sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri....
tetapi abah aku telah membuktikan bahawa kerana 5sen...
kini dia boleh memakai pakaian berjenama...
memandu kereta mewah...
tetapi apa ada pada dia sewaktu dia mula bekerja...
cuma basikal buruk sahaja...
kini dia memiliki 4 buah kereta...
sebuah rumah...
seorang isteri tercinta serta empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup...
aku berharap setelah apa yang aku lihat di depan mata aku ini aku berharap aku mampu untuk maju kehadapan setelah aku gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia(SPM)...
dia amat berharap aku mampu untuk menyaingi ahli keluargaku tetapi aku tumbang...
ini kerana silap aku juga kerana mempermainkan cinta... terlalu mengharap cinta si dia lalu aku kecewa... dan akhirnya aku tidak belajar... tetapi bukan aku mahu membangga diri tetapi mungkin keran anugerah ALLAH aku berjaya memperoleh 2a, 6 credit dan 2lulus sedangkan aku tidak belajar bersungguh-sungguh...
ini mungkin balasan daripada allah s.w.t kerana aku selalu melambatkan waktu solat walaupun aku menyempurnakan nya dan ada dosa aku antara aku dengan allah yang rasa nya amat terburuk yang pernah aku lakukan...
dosa silam ku dan aku tak mahu ingat kembali...
aku berharap aku akan kembali ke pangkuan allah.. pencipta aku yang maha esa...
terima kasih abah... kerana membesarkan... memberi harapan... dan memberi pelajaran dan ia nya juga harta aku di masa hadapan... ya allah aku berharap agar kau berjaya di masa hadapan...
abah you're my idol and my superhero forever...
love you abah...

cinTa iTu bUTa....

kenapa aku masih lagi menyayngi orang yang dah tak sayang kan aku...
kadang-kadang aku ni seperti orang bodoh yang mencinta seorang puteri raja...
aku ingat ni cerita dongeng kanak-kanak ke...
tapi betul aku tak dapat nak lupakan kan dia walaupun sekelip mata aku berkelip...
ia nya seperti mimpi aku menyangi pijot(bukan nama sebenar)...
bila kedengaran lagu cinta...
aku seperti orang gila yang mahu menangis...
tetapi sebenarnya dia tiada bersama dengan aku...
ia nya seperti mimpi aku bercinta dengan pijot...
pijot aku harap kau senantiasa sihat dan bahagia disamping orang yang tersayang...
MISS YOU SO MUCH...

Thursday, January 22

cInTa

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir
Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati
Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.